Thursday, April 30, 2009

NASIHAT IMAN AL-GHAZALI

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya...

Tuesday, April 28, 2009

IBU, KAU RATU HATIKU....



Aku suka melihat wajah ibu..
Sering kurenung wajah tenang ibu,
Ibu sering berbicara denganku
walaupun aku masih belum dpt mengerti bait2 kalimahnya..
Ibu tahu walaupun aku belum dpt mengerti,
Ibu yakin aku dpt mengingati..
Saat ibu bercerita, aku curi2 pandang matanya
…yg bersinar riang menterjemahkan kebahagiaan yg dikecapi

Lembut wajahnya
...memancarkan tawadhu’ di dlm limpahan kesyukuran.
Garis2 halus wajahnya
..melambangkan ketabahan
Lunak suaranya
…penuh kasih sayang dlm ketegasan.



Ibu mengungkapkan kata2nya sambil membelai2 rambutku,
"Wahai anakku, Ketahuilah asal usul dirimu…engkau lahir dari harapan seorang ibu yg pernah kuukir dahulu, sebuah harapan yg kufikir tinggal harapan, namun keindahan tawakkal telah menjadikannya suatu kenyataan.."

"Ibu tidak merasa terlalu awal untuk menitipkannya untukmu kerana ibumu ini mahu kau membesar dgn fikrah seorg wanita solehah.Kelak akan kuulangi nasihatku bila kau sudah dewasa, supaya pada ketika itu kau tidak merasa asing dengan mutiara2 nasihat ibumu ini.Dan seandainya ditaqdirkan ibumu tidak berkesempatan, diriku tidak akan mesyesal kerana telah pun menyampaikannya kepadamu, permata hatiku."
…dlm keluarga,dirimu umpama madrasah yg akan mentarbiyyah pejuang2 Islam. Sesungguhnya Baitul Muslim soleh harus mempunyai madarasah yg solehah karana dari Baitul Muslim yg soleh akan lahirlah masyarakat dan Negara yg soleh wal muslih.

Anakku,
Andai kau ingin memilih pendamping hidupmu,
Usahlah dilihat pd sebuah kesempurnaan krn manusia tiada sempurna.
Dia perlulah seorang yg mencintai Allah dan mengasihimu kerana Allah.
Carilah dia yg menerimamu seadanya sbg seorg wanita,
Yg seikhlas hati mengasihimu sbg isteri,
Yg jujur padamu sebagai teman hidupnya,
Yg memuliakan dirimu sbg ibu kepada para zuriatnya.
Yg memahami hakikat dirimu sebagai hamba yg punya kewajipan kepada Pencipta,
Yg mengobarkan semangatmu untuk istiqomah di medan da’wah

Siapa pun dia yg telah ditaqdirkan Allah buatmu,
Terimalah segala kelebihan dan kekurangannya,
• Kekurangannya menterjemah hakikat dirinya sebagai seorang hamba.Yg harus kau terima dgn penuh lapang dada.
• Kelebihannya bermaksud Allah menginginkan kebaikan buat dirinya dan menganugerahkan ketenteraman tika kau bersamanya.Yg harus kau terima penuh kesyukuran tanpa bangga.

Carilah dia yg memahamimu secara reality,
Bukan menganggapmu bak bidadari,
Kelak ditakuti hatinya akan kecewa.

Hanya kepadanyalah, yg telah halal bagimu akan kau curahkan
-kepatuhan dan penghormatan..
-Pengorbanan dan kesabaran.
-cinta dan kasih sayang
-senyum manis dan belaian
Hanya padanya anakku, tidak sesekali lelaki ajnabi, mujahadahlah untuk memelihara kemuliaan dirimu semata2 mengharap redha Allah.

Lalu, kau didiklah zuriatnya yg kau lahirkan dgn penuh amanah
-sejak zuriatmu di dalam kandungan lagi, perhatikanlah akhlakmu, makananmu, agar darah yg membentuk dirinya dr sumber yg suci.
-Perdengarkanlah ia dengan alunan zikir dan Kalam Ilahi.
Agar bila lahirnya nanti perkara kebaikan adalah kebiasaaan dirinya.
Isi semangat ingin tahunya dgn mengenal Allah, sunnah Rasulullah,para sahabat dan sahabiah.

Lenturlah lidah lembutnya dgn sebutan zikir dan bacaan alQuran,
Serikan hidupnya dgn keindahan bi’ah solehah qudwah hasanah dari ibu dan ayah,
Hiasi dirinya dgn keindahan akhlak jua kecintaan pd ilmu.
Susuli perbuatan baik dan kejayaannya dgn pujian diiringi rasa tawadhu’.
Iringi setiap kesalahan dan silap perbuatannya dgn teguran berhikmah dan penuh kasih sayang.

Doronglah dia sentiasa supaya tetap berjuang di medan dakwah,
Memimpin ummah menuju hidayah.
Lazimi dirimu dgn taqarrub ilallah, sesungguhnya jalan menuju Allah
tidak dihampari karpet merah.Malah berliku jua banyak halangannya.
Walau apa jua yg kau terima dr Allah, samada yg membuatmu suka mahupun berduka,
Kembalikan segalanya kepada Allah.

Kerana dariNya kiita datang dan kepadaNya kita kembali.